Kisah Gazel dan Singa



Setiap pagi di Afrika, seekor gazel akan terjaga daripada tidurnya.
Every morning in africa, a gazelle wakes up from his sleep.

Ia tahu, ia harus berlari lebih laju daripada singa yang paling pantas jika tidak mahu terbunuh.
He know that he has to run faster than the fastest lion if he does not want to get kill.

Setiap pagi seekor singa akan terjaga dari tidurnya.
Every morning a lion wakes up from his sleep.

Ia tahu ia perlu mengejar gazel agar tidak mati kelaparan.
He know that he has to run over the gazelle so that he will not starving.

Sama ada anda gazel atau singa, itu tidak penting.
Whether you are the gazelle or lion,it does not important.

Sebaik sahaja matahari terbit, lebih baik anda berlari.
As soon as the sun rise,it is better if you run.

*p/s: Buku Dunia Sama Rata oleh Thomas J.Friedman
*p/s: Book The world is Flat By Thomas J.Friedman

-Hak cipta terpelihara @ copyright by http://mudah-english.blogpot.com-

A tomcat

-ShiTobbyTobby-

Hai kawan-kawan. Saya Tobby, saya seekor kucing jantan (suara macam upin ipin) hoho...
Hi guys, I'm tobby, a tomcat (sound like upin and ipin) hoho...


Nama penuh saya ShiTobbyTobby anak jantan kepada ShiTemok iaitu bapak saya dan Eva iaitu emak saya.
My full name is ShiTobbyTobby, son of ShiTemok (my father) and Eva (my mother).


Umur saya lebih kurang satu tahun yang dilahirkan sekitar bulan Mac 2010. Mengikut catatan sejarah, saya telah dilahirkan di sebuah bilik air rumah tuan saya.
I was born in March 2010 and thats mean by now i am almost a year! Unfortunately, from my life history, i was born in the toilet in my master's house.


Untuk pengetahuan semua, tuan saya seorang yang sangat pemurah dan baik hati, beliau memberikan makanan yang cukup kepada saya sehingga berat badan saya telah melebihi dari yang sepatutnya.
For your information, my master is a generous and kind hearted by feeding me with enough food until my weight is more than what it supposed to be.


Saya mempunyai hobi yang menarik, iaitu menangkap burung (mungkin melihat atau skodeng perkataan yang lebih sesuai) tetapi tidak pernah walau sekali pun saya berjaya menangkapnya, mungkin kerana masalah obesiti yang saya alami ini. hihi...
My hobby is quite interesting, which is catching the birds.oh maybe watching is a better word instead of catching since i never get to catch any birds.ehm i guess, it is because of my obessity problem. hihi...


Saya ingin melakukan diet yang seimbang tetapi saya tidak mampu menolak suruhan tuan saya yang sentiasa memberi saya makan.
Every time i tried to practise a balanced diet,i failed because i can't decline when my master give more and more food.


Terima kasih sekali lagi kepada tuan saya kerana memberikan makanan yang enak-enak belaka.
Thanks again to my beloved master for feeding me with those delicious food.


Saya sayang tuan saya selamanya...
I love her forever...

-Hak cipta terpelihara @ copyright by http://mudah-english.blogpot.com-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...